Friday, February 3, 2017

too tired to think

betullah orang kata, semakin dewasa, semakin berkurang kawan. semua sibuk dengan kehidupan masing-masing. dan aku, masih di sini, menjalani rutin yang sama.

aku berasa lemas di daratan. fikiran makin sesak. aku terasa diikat tanpa tali. aku tahu, tu cuma perasaanku. aku ingin dilepaskan daripada dibelenggu. sesiapa yang berada di tempat aku juga pasti inginkan perkara yang sama. ingin bebas dari pemikiran yang mengikat kaki dan tanganku.

aku rindukan seseorang, yang ingin mendengar ceritaku. aku tidak pinta untuk memahami. cukup hanya mendengar. aku rindukan deep conversation, di mana aku bebas menceritakan segalanya yang terbuku di hati. tanpa persepsi mahupun prejudis. dan nasihat yang aku rasa wajar untuk diriku.

kadangkala aku rasa diriku matang tidak sesuai dengan umurku. kadangkala aku rasa diriku terlalu kebudak-budakkan, tidak sesuai dengan umurku.

aku tahu ramai membenciku. aku tahu ramai yang ingin aku tahu aku dibenci mereka. tapi aku butakan mata, pekakkan telinga. apa yang ada di depan mataku sudah cukup membuat hati aku keras seperti batu, mengapa aku harus pedulikan mereka yang tidak pedulikanku.

adakah aku terlalu angkuh? hanya aku yang menidakkan. bukan mereka. aku berdiam diri bukan kerana aku tidak ingat. tapi aku bimbang kehadiranku membuatkan mereka tidak selesa. atau sebenarnya aku yang tidak selesa dengan kehadiran mereka.

prasangka, prejudis, judgemental. semua ni aku bina sendiri. aku bersikap prejudis terhadap diriku sendiri. aku tahu. satu-satunya manusia yang aku ambil berat dalam dunia ini adalah aku. apa puncanya? kenapa aku sering menyalahkan mereka? adakah benar salah mereka atau aku yang harus dipersalahkan?

terlalu banyak persoalan dalam diriku. tapi tiada jawapan untuknya. aku sudah penat berfikir. cukup setakat di sini.

Wednesday, February 1, 2017

while my lips hardly to make a smile, nobody knows that my heart is broken

i feel lost. not totally but mostly. i don't know what i'm doing. kadang-kadang aku rasa nak stop study. aku rasa diri aku kerdil. aku rasa aku tak tahu apa-apa. apa yang aku belajar, aku tak tahu. these negative thought dah menghantui aku bertahun lamanya. yes, i'm pessimistic.

no matter how much people, how much words trying to convince me that i'm doing great, i still don't believe it. kadang-kadang, aku rasa nak duduk dalam bilik. alone. doing nothing. am i depressed? tak tahu. aku tak tahu.

i feel tired. nobody understand me. bukan mudah untuk hidup to meet others expectation. me? myself? what i want? i rarely say about it. why? because i didn't know what exactly that i want. tengok kawan-kawan aku yang lain, teruskan hidup, bahagia, aku cemburu. aku tahu diaorang ada masalah jugak, dan aku tak kata aku tak bahagia, alhamdulillah, makan, minum, pakai, tempat tinggal (semua keperluan fisiologikal dan keselematan dalam teori hierarki keperluan Maslow tu) dipenuhi. aku tak layak mengeluh. aku tak tahu tentang pendapat orang lain, tapi bagi aku, apa yang buat sekarang ni, apa yang aku tulis ni, bukan satu keluhan tapi luahan.

jangan pelik kenapa aku luah kat sini. aku dah kata, aku menulis kerana aku. mungkin beberapa tahun akan datang aku akan kembali membaca. dan harap-harap masa tu aku tak keliru,sesat seperti sekarang. cukup setakat di sini. aku tak mampu menulis lagi. fikiran aku terlalu bercelaru. terlalu banyak untuk difikir, terlalu banyak yang aku pendam, terlalu banyak yang ingin aku luah. i just need one person to listen to me. like, sincerely listen to my words. but there's none.

then here i am, still pretending to have a smile on my face, crying in my mind, and my heart.

Sunday, January 29, 2017

aku menulis kerana aku

hai! assalamualaikum..

recently, aku tetiba teringat yang aku ada blog masa zaman sekolah dulu. lepas tu, apa lagi, aku pun stalk blog sendiri. bacalah semua post aku yang lepas-lepas. and it's so embarrassing baca penulisan aku . mostly about my 'love' life.. hahaha..

zaman sekarang ni tak ramai yang guna blog lagi. orang ramai lebih prefer facebook, twitter, youtube, insta as medium untuk mereka bersosial. klu yang ada blog pun selalunya pasal travel, or resepi memasak. so, kenapa aku nak buat blog plak? 

setelah aku baca balik post2 aku di blog sebelum ini, baru aku sedar.. memang masa menulis, aku inginkan orang lain membaca buah fikiran aku, membaca luahan hati dan bebelan aku. tapi, after all years have passed, sebenarnya akulah pembaca kepada semua post aku, dan aku adalah orang yang paling aku ingin untuk membaca semua hasil penulisan aku. and here i am, continuing something that i've stop for a while, menulis blog.

melalui penulisan aku yang lepas2, aku dapat mengingat kembali memori, emosi, situasi semasa aku menulis blog. but sometimes, i don't even remember why i wrote that thing. dan aku akan mula berteka-teki sendiri. aku rasa tu salah satu perkara yg menarik apabila aku menulis.

this is me. this is my public diary instead of FB and insta. and, i'll start to post a new entry for me..

by adie dyla