betullah orang kata, semakin dewasa, semakin berkurang kawan. semua sibuk dengan kehidupan masing-masing. dan aku, masih di sini, menjalani rutin yang sama.
aku berasa lemas di daratan. fikiran makin sesak. aku terasa diikat tanpa tali. aku tahu, tu cuma perasaanku. aku ingin dilepaskan daripada dibelenggu. sesiapa yang berada di tempat aku juga pasti inginkan perkara yang sama. ingin bebas dari pemikiran yang mengikat kaki dan tanganku.
aku rindukan seseorang, yang ingin mendengar ceritaku. aku tidak pinta untuk memahami. cukup hanya mendengar. aku rindukan deep conversation, di mana aku bebas menceritakan segalanya yang terbuku di hati. tanpa persepsi mahupun prejudis. dan nasihat yang aku rasa wajar untuk diriku.
kadangkala aku rasa diriku matang tidak sesuai dengan umurku. kadangkala aku rasa diriku terlalu kebudak-budakkan, tidak sesuai dengan umurku.
aku tahu ramai membenciku. aku tahu ramai yang ingin aku tahu aku dibenci mereka. tapi aku butakan mata, pekakkan telinga. apa yang ada di depan mataku sudah cukup membuat hati aku keras seperti batu, mengapa aku harus pedulikan mereka yang tidak pedulikanku.
adakah aku terlalu angkuh? hanya aku yang menidakkan. bukan mereka. aku berdiam diri bukan kerana aku tidak ingat. tapi aku bimbang kehadiranku membuatkan mereka tidak selesa. atau sebenarnya aku yang tidak selesa dengan kehadiran mereka.
prasangka, prejudis, judgemental. semua ni aku bina sendiri. aku bersikap prejudis terhadap diriku sendiri. aku tahu. satu-satunya manusia yang aku ambil berat dalam dunia ini adalah aku. apa puncanya? kenapa aku sering menyalahkan mereka? adakah benar salah mereka atau aku yang harus dipersalahkan?
terlalu banyak persoalan dalam diriku. tapi tiada jawapan untuknya. aku sudah penat berfikir. cukup setakat di sini.
No comments:
Post a Comment